Saya baru sahaja baca beberapa buah buku dan saya terperasan dan tertearik satu kata kata mat salleh ni iaitu ' if life give you a lemon twist it and make a lemonade'. Ada faham?....Ok saya terangkan Allah maha mengetahui dan maha berkuasa segala atur cara hidup kita Allah lah yang tentukan kadang- kadang kita akan diberikan petunjuk dengan ujian cuma kita sahaja tak nampak kerana kita asyik merungut dengan dugaan itu bukan nya memohon pertolongan Allah dan berusaha.
Berdasarkan satu kisah orang barat dan orang itu dikenali sebagai kapten Jerry Coffee. Beliau seorang perjuang dimana kapal terbang yang beliau naiki terhempas di sebuah negara dan beliau ditangkap. Bukan itu sahaja malah beliau dipenjarakan selama 7 tahun!. Apa yang beliau buat? marah pada askar tersebut, salahkan tuhan? tidak beliau tidak akan membuta tuli buat perkara tak guna. Beliau terima sahaja takdir yang berlaku dan beliau cuba untuk mengenali diri sendiri. Beliau mengingati kesalahan dan keburukan yang beliau pernah buat sebelum ini. Akhirnya selepas sahaja keluar dari penjara tersebut beliau menjadi penulis terkenal sepanjang zaman. Lihat beliau tidak menyalahkan perkara yang berlaku disekeliling beliau tetapi beliau menerima dan mengubahnya. Kapten Jerry Coffee pernah berkata bahawa beliau tidak mahu melalui pengalaman tersebut lagi dan juga beliau tidak mahu menukar pengalaman ini dengan pengalaman lain.
Sama lah juga dengan kisah Nabi Yusof yang diceritakan di dalam al-Quran. Iaitu ketika beliau dimasukkan kedalam penjara apa yang beliau buat? Memerah limau. Beliau ambil kesempatan ini dengan berdakwah dengan orang orang di dalam penjara. Beliau juga telah mentakwilkan mimpi banduan yang lain.
Kisah Nabi Yusof memang panjang 3 muka surat tak tentu habis.Al-quran sudah lama mengajarkan kita tentang perkara ini cuma kita tidak sedar. Tulis tangan manusia kebanyakkan nya membawa 1 makna tersirat dan tersurat. Tetapi berbeza dengan firman Allah semakin banyak kita membaca al-Quran semakin banyak makna kita dapat dalam satu ayat sahaja. Orang islam banyak kemudahan diberikan tetapi malas berusaha. Orang kafir la yang berusaha walaupun tak diberikan kemudahan. (Malu beb gua bace buku orang putih citer pasal nabi yang aku pon tak tahu ) Hidup kita ni banyak dugaan atau limau yang telah diberikan cuma tanggungjawab kita untuk memerah limau tersebut menjadi jus limau yang manis atau memerah limau tersebut dan letakkan pada mata dan sakit.
Comments
Post a Comment